Info Kesihatan
Serangan sakit jantung selalunya datang tanpa diduga. Kekadang kita lihat seseorang tu sihat, tiba-tiba dengar dia meninggal disebabkan serangan sakit jantung.
Semua kita tahu bahawa sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di negara ini selain kemalangan jalanraya. Namun begitu, tidak ramai yang tahu tanda-tanda atau simptom serangan sakit jantung ini. Mungkin nyawa boleh diselamatkan jika seseorang mengetahui tanda-tanda serangan sakit jantung dengan mendapatkan pertolongan kecemasan lebih awal, lebih awal dikesan tandanya, lebih besar peluang untuk pesakit diselamatkan.
Berikut dipanjangkan 6 simptom serius serangan sakit jantung yang biasanya diabaikan sehingga ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi. Oleh itu, simptom-simptom ini perlu diambil perhatian dan jangan diabaikan sama sekali…
- Kelumpuhan lengan atau kaki, kesemutan, kebas, kekeliruan, pening, penglihatan berganda, pertuturan tidak jelas, masalah mencari perkataan, atau kelemahan, terutamanya pada sebelah muka atau badan.
- Sakit dada atau ketidakselesaan, sakit di lengan, rahang atau leher, berpeluh sejuk, kelemahan yang melampau, loya, muntah-muntah, rasa pitam atau sesak nafas.
- Kelembutan dan sakit di belakang kaki yang lebih rendah, sakit dada, sesak nafas, atau batuk darah.
- Darah dalam air kencing tanpa rasa sakit yang disertakan.
- Gejala asma yang tidak bertambah baik atau menjadi lebih buruk.
- Kemurungan
Faktor Penyebab
1. Asap Rokok
-Mempercepatkan pembekuan darah
-Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
-Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
-Tekanan Perasaan
-Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat
-Tekanan darahnya juga meningkat.
-Mempercepatkan pembekuan darah
-Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
-Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
-Tekanan Perasaan
-Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
-Tekanan darahnya juga meningkat.
2. Kandungan Lemak Yang Tinggi
-Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalahseperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
3. Kurang bersenam
-Senaman penting untuk menguatkan jantung.
Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah.
4. Darah Tinggi
-Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
-Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
-Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
5. Kencing Manis
-Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
-Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
-Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
-Jika anda merokok.
-Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
-Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
-Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
-Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
-Jika anda kurang bersenam.
-Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
-Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
-Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
-Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
-Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
-Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
-Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
-Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia
Rawatan Sakit Jantung Guna Ayat al-Quran
Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan rahmat bagi orang yang beriman'-QS Al-Israk:82
Statistik di Malaysia (dan di seluruh dunia juga) menunjukkan penyakit jantung adalah pembunuh nombor 1 dan bilangan kes semakin meningkat tahun demi tahun.
Apakah penyelesaiannya? Ternyata perubatan moden dengan segala kepakaran dan kecanggihan teknologinya tidak 100% berupaya mencegah, apalagi merawat penyakit ini dengan benar-benar berkesan.
Berdasarkan ayat 82 Surah Al-Israk di atas, jelas dinyatakan oleh Allah, penyembuhan segala penyakit itu terdapat dalam al-Quran!
Di sini saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang cara merawat penyakit jantung ini melalui amalan bacaan ayat-ayat al-Quran tertentu.
Ini dipetik dari tulisan Ustaz Raflis Sabirin melalui Majalah Milenia Muslim, Mei 2010. Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.
Cara Pengamalan
1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'
2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka
3) Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)
4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali)
5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali)
6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-
لَوۡ اَنۡزَلۡنَا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيۡتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنۡ خَشۡيَةِ اللّٰهِؕ وَتِلۡكَ الۡاَمۡثَالُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُوۡنَ
هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۚ عٰلِمُ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ ۚ هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ ﴿۲۲
هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ اَلۡمَلِكُ الۡقُدُّوۡسُ السَّلٰمُ الۡمُؤۡمِنُ الۡمُهَيۡمِنُ الۡعَزِيۡزُ الۡجَـبَّارُ الۡمُتَكَبِّرُؕ سُبۡحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشۡرِكُوۡنَ ﴿۲۳
هُوَ اللّٰهُ الۡخَـالِـقُ الۡبَارِئُ الۡمُصَوِّرُ لَـهُ الۡاَسۡمَآءُ الۡحُسۡنٰىؕ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِۚ وَهُوَ الۡعَزِيۡزُ الۡحَكِيۡمُ
(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)
Maksudnya:
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (21)
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23)
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) .
Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)
Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.
7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca
8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.
Nota: Teruskan mengambil ubat-ubat yang sedang anda makan. Jangan ditinggalkan, kecuali selepas dinasihatkan oleh doktor anda!