Semalam, 12/12 2011- WS1608 telah berjaya di tukarkan nama kepada nama aku walaupun banyak dugaan terpaksa aku harungi...7/8/2011 - hantar gi pemeriksaan di Puspakom - LULUS. cari insurans yang boleh cover kete yang dah berusia punya lah susah, gi MAA-reject, KURNIA- mahal gila, Oriental- Reject, at last pergi Pejabat pos pun reject mujurlah kerani tu rekomenkan gi UniAsia@MNI.....baru nak terima, kena lah jugak RM300++. Bila semua selesai gi JPJ reject pulak sebab kalau gunakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah kena ada cap jari berkuatkuasa dari bulan September 2011....adush mana nak cari cap jari ni......dengan kepakaran Bro Borhan masalah "cap jari owner lama" dapat diselesaikan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mulai saat ini kereta Lambda ni dah bertuankan aku dengan sepenuhnya...he..he...
Projek akan bermula,,,,jeng..jeng..jeng....walaupun pintu kereta dah kemek kena langar ngan student kat opis, aku tetap bersemangat nak mulakan lembaran baru.....sebab "carbonfibre" bakal akan di tanggalkan kerana akan beralih ke warna hitam sejati ....
 |
selepas ketuk sendiri...kira boleh lah bukan pakar sangat pun...he..he.. |