Wednesday, 25 January 2012

Sunday, 15 January 2012

panduan!

Panduan status motokar vintaj/klasik


Panduan status motokar vintaj/klasik
Panduan status motokar vintaj/klasik

Kategori Motokar Vintaj :

Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar vintaj ialah motokar yang telah mencapai usia 50 tahun dari tarikh yang dikeluarkan oleh pembuat .

Kategori Motokar Klasik :

Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar klasik ialah motokar yang telah mencapai usia 25 tahun dari tarikh yang dikeluarkan oleh pembuat , termasuk motokar yang dikenali sebagai "collectors item'

Syarat-Syarat Permohonan

Kenderaan kategori motokar sahaja yang layak memohon dan dipertimbangkan , bagi kenderaan selain daripada kategori motokar adalah tidak layak dipertimbangkan. Syarat-syarat lain yang perlu diikuti untuk mendapatkan status motokar/vintaj klasik bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor(LKM) adalah seperti berikut :
  1. Motokar yang telah didaftarkan di Negara ini tidak kurang dari 25 tahun sahaja memohon dan dipertimbangkan. Bagi motokar import yang dikategorikan vintaj/klasik juga layak memohon dan dipertimbangkan selepas tempoh 2 tahun didaftarkan di negara ini.
  2. Motokar mempunyai nilai pasaran yang tinggi , iaitu sama seperti nilai barangan antik
  3. Keadaan semasa motokar mestilah pada tahap kenderaan baru (mint) , tidak berkarat , cat dan 'chrome' yang berkilat dan bersih dalam erti kata seperti dalam keadaan 'show room'.
  4. Motokar tersebut mestilah di dalam keadaan 'roadworthy' dan semua sistem padanya berfungsi dengan baik.
  5. Motokar mestilah mempunyai ciri-ciri spesifaksi , bentuk badan dan komponen utamanya seperti yang asal semasa dikeluarkan oleh pembuat.
  6. Pengubahsuaian yang dibenarkan hanyalah bagi peningkatan pada sistem brek , sistem elektrik dan sistem bahan api diterima atas faktor keselamatan sahaja.
  7. Sebagai asas pertimbangan utama , pemohon mestilah mempunyai lebih dari 2 buah motokar yang didaftarkan di atas nama sendiri.
  8. Keadaan nombor casis dan enjin mestilah boleh dibaca dengan jelas dan tidak diganggu.
  9. Pemilik perlu mengemukakan surat/sijil sokongan dari Kelab Kereta Vintaj dan Klasik Di Raja Malaysia atau kelab-kelab lain yang diiktiraf
  10. Motokar perlu diperiksa oleh Pegawai Teknik/Pemeriksa Kereta Motor JPJ Ibu Pejabat/Negeri/Cawangan yang berkenaan.

Cara Memohon

Permohonan dan pemeriksaan motokar vintaj/klasik boleh dibuat melalui :

Bahagian Kejuruteraan Automotif,

Ibu Pejabat JPJ Malaysia ,
Aras 2 , Blok D4 , Parcel D ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62620 Putrajaya.
Tel : 03 88866400
atau

Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri / Cawangan

Dokumen-dokumen yang perlu

  1. Salinan kad pendaftaran (serta yang asal)
  2. Salinan sekurang-kurangnya 2 buah kad pendaftaran motokar lain yang di daftarkan di atas nama pemohon (serta yang asal).
  3. Salinan kad pengenalan pemilik / pemohon.
  4. Sekurang-kurangnya 4 keping gambar dari sudut depan , belakang , sisi dan bahagian " steering / dashboard '.
  5. Surat/sijil motokar vintaj atau klasik dari kelab yang diiktiraf.

Pemeriksaan Motokar

Bagi Tujuan pemeriksaan motokar vintaj/klasik , pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan bersama-sama dengan motokar yang hendak diperiksa.
  1. Pemeriksaan terhadap motokar vintaj/klasik akan tertumpu kepada mengenal pasti keaslian motokar tersebut dan menepati syarat-syarat di perenggan 3.2 dan 3.3 di atas 2.
  2. Ciri-ciri pemeriksaan
    1. Pemeriksaan identiti motokar , iaitu pengesahan nombor enjin kenderaan dan nombor casis tidak terganggu dan hendaklah sama seperti mana yang dicatitkan dalam kad pendaftaran kenderaan motokar tersebut.
    2. Pemeriksaan keaslian kereta vintaj dan klasik merangkumi komponen-komponen berikut :  Enjin asal , casis asal , reka bentuk badan asal (tidak diubahsuai ) , sistem trasmissi asal , sistem suspensi asal , gandar depan dan belakang asal , nombor pendaftaran dan 'Rim; serta 'Steering' asal (bukan dari jenis sport)
    3. icon Format Pemeriksaan Motokar Vintaj/Klasik

Pengeluaran Sijil Pengesahan Status Motokar / Klasik

  1. Semua permohonan dan laporan pemeriksaan untuk mendapatkan status motokar vintaj/klasik yang dibuat di Pejabat-pejabat JPJ Negeri/Cawangan hendaklah dimajukan ke Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ untuk diproses dan dinilai semula sebelum disyorkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia
  2. Motokar yang telah lulus sebagai motokar vintaj/klasik akan dikeluarkan Sijil Pengesahan bagi tujuan pengurangan Lesen Kenderaan Motor sebanyak 90% bagi motokar vintaj dan 80% bagi motokar klasik akan dikeluarkan oleh Bahagian Teknik , Ibu Pejabat JPJ dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan.
  3. Sijil Pengesahan status motokar vintaj/klasik yang dikeluarkan hendaklah diperbaharui setiap 3 tahun sekali atau apabila urusan tukar nama dibuat atau penukaran nombor pendaftaran motokar (interchange) dilakukan , mengikut mana yang terdahulu. Pemilik motokar tersebut dikehendaki membuat permohonan semula untuk menentukan status motokar vintaj/klasik mengikut syarat-syarat yang ditetapkan diatas.

Arahan Penguatkuasaan

Penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi mempastikan semua motokar yang telah mendapat kelayakan motokar vintaj/klasik tidak membuat pengubahsuaian ke atas 'steering' dan 'rim' serta komponen-komponen lain supaya keasliannya kekal. Kelayakan dan status motokar vintaj/klasik ini akan dibatalkan serta merta sekiranya pengubahsuaian dibuat pada motokar tersebut dan pemilik perlu membuat bayaran kadar Lesen Kenderaan Motor (LKM ) pada kadar yang asal.


Panduan memohon penukaran enjin


engineNombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.



JENIS-JENIS PERMOHONAN
  1. Kategori 1:  Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)
  2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal
  3. Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar
  4. Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi
  5. Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual ? Auto)
  6. Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan
Definisi ‘enjin asal’ adalah merujuk kepada model enjin yang telah dipasang kepada model kenderaan tersebut oleh pengilang.

Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)
PROTON <-> a) MITSUBISHI
b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.8)
c) CITROEN ( TIARA)
* penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang pengubahsuaian "Engine Mounting" adalah tidak dibenarkan sama sekali.
PERODUA <-> DAIHATSU / TOYOTA
FORD <-> MAZDA
PEUGOT <-> CITROEN
HICOM <-> ISUZU

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:
  1. Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor  (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
  2. Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
  3. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.
  4. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.
  5. Kenderaan model Proton SELAIN Proton Perdana dan Proton Inspira hanya dibenarkan membuat penukaran enjin berkeupayaan maksimum 1836cc (1.8 Liter) sahaja. Penukaran enjin berkeupayaan 1997cc atau 1998cc (2.0 Liter) hanya dibenarkan kepada Proton Perdana dan Proton Inspira sahaja.
  6. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
  7. Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

Bagi Kategori 1 Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:
  1. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  2. Bil/Resit belian enjin yang asal
  3. Laporan Kastam K1 yang asal
  4. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)

Bagi Kategori 2 hingga 6

Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
  1.  icon Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
  2. Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  3. Salinan bil/resit belian enjin
  4. Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  1. Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ 
  2. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan 
  3. Bil/Resit belian enjin yang asal 
  4. Laporan Kastam K1 yang asal 
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain) 
  6. Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)
Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

Kadar bayaran

Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif

Makluman

Permohonan Penukaran Enjin boleh dilakukan di Pejabat JPJ Negeri.

Thursday, 12 January 2012

jiwa kacau!

adush adakah aku telah jatuh cinta untuk ke sekian kalinya....

Supra MK2.....adakah akan menjadi miliku.....Tetiba jer satu brader ni nak offer kat aku. macam tak caya jer....siap offer murah-murah lak tu...adushhhhh dah tak tertanggung rasanya nak fikirkan nak pilih yang mana satu...sedangkan aku dah mula nak make-up my blackie lambda....anybody help me!


Performance:
Acceleration. interval, time, [gear at final speed]
0-100km/h ~7.5s [II]
0-60mph ~7.1s [II]
1/4 mile 16.2 s @ 85 mph / 137 km/h (stock)
1000 m 29.9 s @ 174 km/h (stock)
Top speed 212 km/h / 132mph (stock)

Braking
Average deceleration from 60mph 0.77g (takes 47m) (stock)

Fuel consumption
city 13.6 l/100km
highway 9-11 l/100km

Engine: 5M-GE
Type                    inline 6 cylinder, alloy head, cast iron block
Power                   about 170hp@5600rpm (stock: 150hp@5200rpm)
Torque                  about 240Nm@4500rpm (stock: 215Nm@4400rpm)
Displacement         2759cc
Bore * Stroke         83 * 85 mm (3.27" * 3.35")
Compression ratio    8.8:1

Valvetrain              DOHC (toothed belt), 2 valves per cylinder, hydraulic lifters


Ignition                electronic


Intake                  Stock filter, Stock resonator


Exhaust                 3" pipe with one muffler (Ractive Fireball)

Dimensions and weight
                        mm
Wheelbase                     2614
Tracks (front/rear)     1471/1440
Length                             4661
Width                               1720
Height                              1340
Ground clearance          160
Curb weight                     1342/1382 kg (3048 lbs)
weight distrib. (f/r)   46-48%/52-54%