Dunia permotoran aku bermula pada tahun 97 dengan membeli sebuah EX-5 menggunakan duit sendiri. Itu pun hasil gaji pertama sebagai juruteknik kat kilang ST, buat bayau downpayment jer..he..he... Selepas setahun aku mengumpul duit untuk dapatkan motor idaman "easyrider" vulcan? virago?shadow? , dapat pulak panggilan pergi sambung belajau kat PUO sambung Diploma....rasa cam taknak pergi pun ader.....so nasihat dari arwah mak aku....pergilah jugak ke Ipoh...katanya lepas belajau nanti boleh beli motor lagi besau nanti....he...he...he... kata-kata semangat yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila... so habis belajau.....sementara tunggu duit cukup aku mula main kereta pulak , habis duit gaji aku laburkan untuk kereta bapak aku yang dia dah taknak pakai....almaklumlah dah ader kereta baru....galant kuda. alah-alah model cam ni....blueblack...kengkawan panggil kete "BATMAN" @ BADMAN he..he..lowered tak henggat punya...sampai terbakau enjin supertouring 1.8 aku kerjakan. Pergh.. pengalaman.
Feb 1999, Jual kereta tu , dengan duit yang ader dan yang aku dah kumpul mula lah nak main BigBike...motor pertama kau pakai ialah virago 535...Punyalah bangga masa bawak motor balik dari Melaka ke Muar...sepanjang jalan nyanyi lagu Awie tu!....beli standart pastu convert clasics.
Ogos 2001 member pulak offer motor dia, motor yang selalu aku geram duk belakang masa konvoi. Dalam hati bilalah nak dapat? Akhirnya menjadi milik aku. perghhhhhhhhhhh......vn800 classics
macam-macam patern aku buat.....tapi selalu kena 'nganjing' ngan bebudak superbike....zxr250 boleh tapau aku vn800.....tercabar kejantanan. 18 Januari 2003..akibat daripada keracunan kengkawan, aku dah gila....pada mulanya deal kan untuk kawan tapi aku pulak yang sapu.....ZZR1100 anak gajah yang termantop pada aku....meter dia maksimun 340 km/h kalau tak silap akulah..aku pernah belasah maksimun pun 260 km/h itu pun kepala lutut rasa dah macam nak tertanggal....tapi masa tu bayangkan kengkawan yag lain kat depan aku tak nampak lagi.....diorang laju ker aku yang laju? geng MAHARANI BIKERS tahun awal 2000-an...memang "Superb" tapi tak sempat nak pakai lama motor ni disebabkan nafsu sebagai lelaki dah membuak-buak nak menikah....aku terpaksa jual jugak dengan geng dari Batu Pahat.....
![]() |
gambar ni selepas jual, jumpa dalam mudah.my |
Tapi dalam masa yang sama aku dapat cari Toyota KE-20 coupe.....beli Rm800. Masa nak beli tgok cam tak yakin jer...dahlah body macam kena tembak...kaler pulak main spray pakai tin jer kot...berbelang-belang...tapi yang buat jatuh hati ....masuk jer bateri...start sekali tak hidup....start kali kedua...perghhhhh terus hidup...apa lagi terus jadi...terus bawak balik Muo. Buat body lebih kurang....pas tu cat...harga cat lagi mahal dari beli...RM1200 skyblue methalic. lama gak ler aku pakai. Banyak gak jasanya, dari Melaka- Batu Pahat selamba jer...masa tu pulak wife aku masih belajau kat ItTHO..sekarang dah tukau UTHM. Aku bagi dia pakai Kancil. Bila ader rezeki lebih beli waja...barulah KE-20 tak diperlukan khidmatnya lagi sampai...ianya dilamar oleh geng aku...hanya Rm1k jer....nanti aku nak cari balik gambarnya...kalau ader nanti aku upload....he..he..
Lepas kawin terasa semangat bikers aku tak boleh nak dibuang......so dengan duit "belen" yang ader aku cari ZZR250 untuk sedapkan hati.....kononnya maintenance rendah.....nak dipendekkan cerita...rupanya semakin banyak duit aku habis nak melayan kerenah dia.....paham-pahamler bila wife dapat tahu...aku buat tak faham jer lah, dah minat katanye....masa ni pulak dah ada anak sorang..korang tgok ler..." mana nak tumpah kuah ".. Sekarang dah masuk 3 dah, 2 hero sorang heroin.
sampai rasa dah tak boleh nak layan, aku pun cari pulak motor yang tak laju...kononnya lah...2008 pergi jalan raya rumah member kat muo , tgok motor Shadow 600 "jahat" dia dah tersandar kat dinding rumah...malas nak jaga ...dah takde masa nak layan katanye.....apalagi aku offer satu harga lah...dia pun setuju tak lengah hantar gi pomen ...kasi bikin boleh jalan....sampai ke Melaka, motor ni buat macam-macam hal jugak.....pakai sekejap...duduk kat bengkel yang lama.....mana boleh tahan...beriban-riban lagi duit habis...agak-agak korang apa yang wife aku cakap? perghhhh sabau jer. dari motor "jahat" aku dah baikkan tapi dia tak baik-baik jugak.
![]() |
nak sarungkan mudguard vn800 clasics....cam tak kena jer... |
![]() |
last-last buat custom ori semula...mudguard ori pulak aku dah jual....perghhhhhh duit lagi. |
akhirnya jadilah cenggini....
sampai tahap kesabaran aku kekemuncaknya.....aku sambar semula anak gajah yang pada aku motor yang paling sedap dan selesa pernah aku bawak...atas "kemampuan" aku lah...kategori Sport Touring Bike, 21 May 2009, Concours GTR1000 berjaya aku tawan...
setelah diberi nafas baru....
Pasal motor ni ader banyak citer lagi...nanti aku update. banyak lagi citer menarik!
My Bike Evolution

Enjin dah settle, Puspakom dah endorse "LULUS" ader budget lebih pelagi tukar kaler lah...
sedia beraksi kembali......with new windshield!
![]() |
my hero and heroin! |
12/8/2011. aku malas nak bukak tajuk baru just sambung jer citer pasal motor. Memandangkan hari ini jumaat petang mood pun dah takde nak buat kerja, so update cerita tentang GTR Concours aku. Tanggal 13 Jun 2009 memang memang aku tak boleh lupakan, pada pagi tu aku plan nak bawak motor gi servis kat Muar. Tapi sebelum tu aku nak hantar kunci office kat member aku. Pagi tu ada seminar tapi aku tak bertugas. Alang-alang dah lalu Ayer Keroh, aku plan nak lalu highway, sekali-sekali nak layan jalan straight. Almaklumlah motor baru dapat lom dapat rasa top speed. Pergh...masa kluar rumah sampai jiran pun tegur, "nak jalan jauh ker?" apa ke tak nya, jarang aku pakai jaket kulit, siap boot, glove. Sampai jer kat bukit katil, ada pulak satu kereta nak kluar simpang, aku dah bunyikan hon, dah highbeam dia kluar gak apalagi tak cukup kaki tangan aku brek....dia selamba jer blah. Aku pun change gear, tetiba satu bunyi ketukan kuat kat enjin aku...alamak apa tu... mulalah pelbagai bunyi kluar seperti besi berkisar....bila minyak hitam dah bocor kena magnifold, berasap pulak , tayar pulak dah kena minyak...bayangkan camne aku nak berhenti....Alhamdulillah aku tak jatuh...Cari tempat berhenti, bongkok tengok celah firing..macam ader crack kat enjin...adusshhh cam ner ni?
Firstly apa yang aku kena buat, otak dah tak leh nak jalan, tipon member suh dia datang ambil kunci ofis kat aku, pastu tipon Bro zizi, dia kata dia ada hal, nanti dia datang lewat sikit katanya....tipon wife suh ambek aku. Tolak motor ke tempat selamat, gi minum dulu bawak bertenang konon, walaupun hati, kepala dah serabut. Bro zizi sampai dia kata telefon lori, motor tak leh settle sebab Piston Rod patah, yang paling pedih...dia kata enjin TOTAL LOST...... berangkut lah GTR aku guna lori tar JKR ihsan Busu aku. Hantar ke rumah Bro zizi.

Sesi membaraikan motor aku tgok apa yang boleh dia tolong, memang pasti enjin kong, kena cari baru., tak banyak barang boleh pakai. Mana aku nak cari enjin baru ni? recon pun lom tahu dapat ker tidak. nasib baik Bro zizi tolong aku cari enjin, sampai ke Tanjung Sepat, area Sepang aku gi cari enjin...bila tgok enjin ZX11 head tak ngam, bracket pulak lain ...aduh hampa hatiku.
Sampai Singapore aku pasang kaki suh carikan enjin, pendekkan cerita, Bob panjang telefon aku dia dapat cari satu ketol enjin standard GTR kat sana tapi enjin tu baru 1 hari di jual kepada kedai Meng Coon Batu Pahat. Bergegas dia ke Batu Pahat nak dapatkan enjin tu...itu pun nasib baik tokei kedai kat singapore tu bagi alamat...lom tahu enjin ade lagi ker tidak....Petang tu Bob tipon kata enjin ada, Dia dah booking untuk aku, RM3800 seketol siap AP kastam. Petang tu gak aku gi Batu Pahat bayar, bawak enjin tu naik alfa Bob bawak balik melaka. Muka sudah ader senyum tapi poket dah rabak........itu baru kos enjin lom upah Bob, upah Bro zizi....mana nak cekau duit lagi ni...buatlah muka sedih ngan wife tersayang aku....he..he..nasib baik dia bagi pinjam....(kena bayau balik..tapi ansuran bulanan ler...)
Proses pembedahan dilakukan oleh Bro zizi, selesai pemindahan jantung, buah pinggang, dan segala macam lagi sampai aku pun tak reti nak menyebutnya....enjin selamat dipasangkan. "Baru pasang belom start lagi. lom tahu enjin ok ker tidak" Bro zizi buat suspen....belom sampai masa nak hidupkan lagi, banyak lagi benda kena buat katanya. Bila semuanya settle tiba hari nak hidupkan enjin buat pertama kalinya.....Terasa dup dap dup dap jantung nak dengar enjin GTR aku berderum kembali. Dengan keizinan Allah dan dengan ilmu yang dikurniakan kepada Bro zizi motor aku kembali berada di jalanan....walaupun kena masuk "dewan bedah " beberapa kali bagi melancarkan perjalanan enjin supaya boleh aku beraksi semula di jalanan. tengkiu-tengkiu pada semua yang tolong aku...termasuk family aku walaupun kekadang pedih telinga mendengar kata-kata azimat diorang...he..he..
Enjin dah settle, Puspakom dah endorse "LULUS" ader budget lebih pelagi tukar kaler lah...
gambar di malam hari.13/12/2009..cover set siap spray ...."Crystal Red" tak sempat nak tunggu siang...malam tu gak cargas pasang . Wife aku jeling jer...he..he..he.."tak menyabau kata nya"

Gambar di siang hari...perghhhh...mengelit-ngelit.....
nak dijadikan cerita 11 Julai 2010, GTR mencipta sejarah sekali lagi apabila ianya gagal dikawal oleh my BigBrother, Bob (Marshall JMC). Alhamdulillah dia tak kena hempap dengan anak gajah ni...setakat luka kecil tapi naik ambulance tu....motor tersadai tepi parit kat jalan Kesang Laut Muar.
sedia beraksi kembali......with new windshield!
teringin jugak nak sambau superbike nih..
ReplyDeletetapi jiwaku hardcore sangat dengan oldskool nih..
kekadang geram jugak membe duk bakor2...haish bila nak dapek er...
menarik sejarah bro...
dimana ada keinginan disitu ada jalan...cuma masa dan ketikanya belum sampai....jiwa aku tak boleh lari dari dunia yang penuh dengan deruman enjin..tak kira motor atau kereta...
ReplyDelete